NILAM 2018

Program NILAM yang ditambahbaik merupakan kesinambungan kepada program NILAM terdahulu. NILAM yang ditambahbaik lebih berfokus kepada kualiti pembacaan berbanding kuantiti bahan dibaca dalam NILAM terdahulu. NILAM yang ditambahbaik merupakan gabungan aktiviti pembacaan (kuantiti dan kualiti bahan) dan juga aktiviti-aktiviti pengayaan selepas pembacaan (peningkatan pengetahuan dan kemahiran selepas pembacaan) yang akan melihat kepada aspek kualiti selepas pembacaan. Bahan-bahan yang boleh dibaca lebih pelbagai dan tidak terikat kepada buku berbentuk fizikal sahaja.